5.03.2009

Sumber Anak Ayam Kampung

video
Pemilihan Baka Ayam yang hendak diternak merupakan perkara yang paling penting sebelum memulakan sesuatu projek ayam kampung. Anak-anak ayam sebaiknya diperolehi dari ladang yang diakreditasi dan telah diiktiraf serta menerima Sijil Amalan Ladang Ternakan (SALT) oleh Jabatan Veterinar.Ini adalah untuk mengelakkan kerugian yang tinggi/besar - ayam yang tidak berkualiti dan tumbesar yang tidak seragam, berpenyakit dan sebagainya.

Ciri-ciri anak ayam yang bermutu

1. Kelihatan sihat dan cergas
2. Saiz yang seragam
3. Berat badan antara 25 - 35 gram
4. Mempunyai mata yang cerah dan bersinar
5. Sentiasa dalam keadaan bersedia (alert)
6. Kaki cerah dan berkilat
7. Bulu kering dan kembang
8. Dubur bersih, tidak dilekati oleh tinja
9. Tiada kecacatan
10. Pusat kering

Untuk tempahan anak ayam berkualiti sila hubungi saya ditalian 019-275 5065. Harga hanya RM2.50/ekor siap vaksin berumur 5~7 hari


Sumber maklumat dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Putrajaya